Tuesday, May 5, 2009

Persatuan Pemuda Desa (PPD)

Allahyarham Tuan Hj. Abdul Aziz Ghani (sepupu ayah dan ibuku) mengilhamkan penubuhan PPD pada awal tahun 60. Beliau seorang guru maktab. Tujuan beliau menubuhkan PPD ialah mengumpulkan ana-anak muda di kampung ini yang kebetulan sebahagian besar adalah anak-anak buahnya untuk aktiviti seni khususnya tarian dan nyanyian.

Pada masa yang sama abangnya Allahyarham Jaafar Abdul Ghani (lebih dikenali dengan nama Rahim Ghani/Ngah Ayem) telah mula berjinak dengan lagu-lagu asli khusunya Ghazal. Beliau menganggotai kumpulan Ghazal Sri Kenangan Batu pahat. Beliau banyak menyertai pertandingan nyanyian anjuran RTM, khususnya dalam nyanyian lagu-lagi asli.

Disebelah malam pada tiap-tiap hujung minggu, kami berkumpul di halaman rumah Tok Nor untuk aktiviti nyanyian dan tarian. Guru tari kami ialah Cikgu Rafeah Ghani (kami memanggilnya Kak Ne) Banyak tarian yang kami pelajari, antaranya, tarian lilin, tarian tempurung, tarian tualang tiga. Bagi yang 'ada suara' berlatih menyanyi di bawah bimbingan Ngah Ayem.

Bakat kami dihidu oleh seorang ahli PIB Batu Pahat. PIB adalah Persatuan Ibu Bapa yang mula diperkenalkan di Batu Pahat dan akhirnya idea ini disenaraikan ke peringkat Negara dengan nama PIBG dan kini PIBG Nasional.

Saya tidak berapa ingat namanya tetapi beliaulah yang mengetengahkan kami ke Peringkat Daerah. Setiap kali ada sambutan di padang (seperti menyambut hari keputeraan Sultan) ada sebuah pentas didirikan khas untuk kami mempersembahkan tarian dan nyanyian. Pentas-pentas lain turut juga didirikan yang mempersembahkan bangsawan, wayang kulit dan juga 'live band' Seingat saya kami telah membuat persebahan di Kg. Semberong dan di Kota Tinggi. Pendek kata kumpulan kami was a great hit dan menjadi bualan mulut penduduk di Batu Pahat.

Persatuan Pemuda Desa ini tidak panjang hayatnya. Antara faktornya ialah ahlinya ada yang mula mendapat pekerjaan dan ada juga yang melanjutkan pelajaran tetapi faktor terpenting ialah kemasukkan bekalan letrik di kampung ini dan kemunculan TV hitam putih.

Bagi diri saya, saya meneruskan aktiviti seni saya dengan menyertai Kelab Teater Batu Pahat juga dibawah naungan PIB Batu Pahat. Di bawah bimbingan Allahyarham Mat Ropi Jais dan rakannya, saya, rakan baik saya Rajiah Yusuf, Zainal Abidin Zain (pernah jadi speaker Dewan Negeri Johor) and few others berjaya membuat pementasan drama 'Dua Tiga Kucing Berlari' di Panggung Cathay Batu Pahat, selama dua malam berturut-turut!

Saya difahamkan the collection came to about $3000.00 Kami berlatih selama 3 bulan dan latihan diadakan di rumah Pegawai Daerah Batu Pahat. Ketika itu, Pegawai Daerah ialah Allahyarham En. Talib Abu. Setiap kali tamat latihan, kami dijamu dengan makanan yang enak-enak. Pakaian kami pada masa persembahan teater itu telah di-sponsor oleh Perniagaan di Pasar Melayu.

Seperi juga PPD, Persatuan Teater Batu Pahat juga berkubur kerana sebahagian ahlinya seperti Mat Ropi Jais dan Zainal Abidin Zain melanjutkan pelajaran ke universiti dan saya sendiri mengikuti kursus perguruan di Pusat Latihan Daerah.

Wednesday, April 15, 2009

Pn. Hjh Zawiah bt. Ali

Dilahirkan pada 27.07.1928. Ayahnya bernama Ali bin Jenang Saat dan ibunya Hawa bt. Mohd Noh. Ibu merupakan anak sulung daripada lapan orang adik beradik. Tidak pernah bersekolah, hanya dilatih untuk masak-memasak dan menguruskan rumah.

Berkahwin dengan ayahku Abd. Ghani bin Abd. Rahman pada usia 14 tahun. Mereka adalah sepupu. Ibu ayahku Pn. Saodah bt. Jenang Saat adalah kakak kepada Ali bin Jenang Saat. Menurut ibu ketika berkahwin, tentera Jepun sudah menguasai Tanah Melayu. Ibu hanya sempat tinggal di 'barrack' jalan Dagang selama seminggu. Selepas itu, ibu dan keluarga mertanya melarikan diri ke Bukit Pasir. Sewaktu itu, askar jepun telah sampai ke Batu Pahat dan menjadikan Sekolah Tinggh (High School) di Jalan Dagang sebagai markasnya.

Setelah keadaan pulih, ibu dan ayah sekeluarga beralih semula ke 'barrack' di Jalan Dagang. Pepatah ada mengatakan 'kapal pecah, yu yang kenyang' Setibanya mereka di rumah, mereka dapati semua perlalatan di rumah termasuk katil dan almari telah hilang lesap yang tinggal hanyalah batu giling. Mungkin si Pencuri terlepas pandang. Dan batu giling itu masih lagi ada hingga ke hari ini.

Ibu pernah mengalami peristiwa cemas sewaktu pendudukan Jepun. Pada masa itu bulan puasa. Ibu turun ke dapur untuk menyiapkan makanan untuk bersahur. Tiba-tiba muncul seorang askar Jepun memeluk ibu erat dan hendak membawanya lari. Tok Saodah menjerit sekuat hati memanggil Ayah. Ayah datang sebagai wira dan berjaya menarik ibu dari askar Jepun tadi. Askar Jepun bertindak mahu menagkap ayah pula. Suasana pagi menjadi kecoh. Mujurlah ketua askar Jepun itu terdengar akan kekecohan itu lalu datang menyiasat. Beliau terus membelasah askar tadi, Tuhan sahaja yang tah. menurut cerita, Sekolah Tinggh banyak menyaksikan pembunuhan dan penyeksaan ngeri ke atas askar-askar bangsa Australia dan juga ke atas askar Jepun sendiri yang melanggar peraturan.

Pendapatan ayah sebagai seorang posmen di Pejabat Pos tidaklah seberapa. Nasib baik ibu dan Tok Saodah pandai seni tekad. Hasil seni tekat dijual di Pasar Melayu di kedai Tuan Hj. Abd. Rahman. Selain daripada menekat ibu turut mengambil upah menjahit baju kurung lelaki dan perempuan. Upah menjahit hanya $1 sepasang. Kadangkala ibu dan Tok Saodah menjual kuih Apam Beras dan Putu Piring untuk menambah pendapatan. Selain dari itu, Tok Saodah dapat bekalan gula hasil dia mengajar kelas Al-Quran. Berkat usaha gigih ibu dan Tok Saodah dapatlah kami 6 beradik hidup selesa-cukup makan, cukup pakai, Kami cukup bahagia.

Awan mendung mula memayungi kami sekeluarga pada tahun 1959 dengan kepulangan Ayah ke Rahmatullah. Ibu mematuhi pesanan Ayah untuk terus menyekolahkan anak-anak walau sesukar mana keadaanya. Tahun 1960-1963 merupakan tahun derita bagi kami sekeluarga tapi Ibu tabah mengharungi segalanya. Memerah keringat dari pagi hingga malam, memekakkan telinga pada segala fitnah dan cemuhan. Alhamdulillah, berkat usaha Ibu yang ikhlas, tak kenal putus asa, tak patah semangat, bertawakal pada Allah, usahanya membuahkan hasil. Kini kami mampu menyinari hidup Ibu.

Kini, dalam meniti usia 82 tahun (penglihatannya sudah kabur dan telinganya kurang pendengaran), old and feeble, bongkok tig. Ibu menghabiskan sisa hidupnya dengan 6 orang anak, 9 orang cucu dana seorang cicit. Tahun ini (2009) genap 50 tahun pemergiaan ayah. Cinta dan kasih sayang Ibu pada Ayah tidak pernah padam. Setiap kali kami menyebut Ayah, akan bergenanglah matanya dan berguguran manik-manik putih dari kelopak matanya.

Semoga Tuhan merahmati usia tua ibuku.

Wednesday, April 8, 2009

Jalan Mohd. Akil Dalam

Menurut sejarah lisan, kampung ini dibuka oleh Allayarham moyangku Jenang Saat bin Jenang Jaafar. Jenang Saat dikatakan adalah diantara tiga orang terkemuka sewaktu pembukaan bandar Batu Pahat. Namanya masih diabadikan di sebuah jalan besar di Batu Pahat iaitu Jalan Jenang.

Dikenali dengan nama 'Kampung Dalam' dan mendapat jolokkan Kampung Tenggelam kerana setiap kali hujan lebat akan banjirlah kampung ini. Airnya naik tinggi hingga ke paras peha. Kampung ini dipenuhi dengan pokok getah, pokok sagu, pokok bemban, pokok pinang, pokok mengkuang dan pokok kelapa. Selain dari itu pokok pisang, pokok nangka, pucuk paku dan kangkung tumbuh merata. Cendawan guruh juga hidup subur di celah batang-batang kering. Paritnya dipenuhi dengan ikan haruan, keli dan anak pelaga. Kolamnya penuh dengan ikan puyu.

Penduduk di sini ada yang bekerja menoreh getah, ada yang mengusahakan sagu dan ada yang menganyam atap dan tikar mengkuang dan ada yang mengusahakan pinang. Sebahagian besar penduduk di sini adalah Melayu yang mempunyai pertalian darah antara satu sama lain. Dua buah keluarga orang luar ilaha keluarga Allayarham Haiderus (India Muslim) dan Allahyarham Hj. Mokhtar bin Bakri. Anehnya yang mengusahakan kedai runcit ialah orang Cina.

Di Kampung Dalam inilah Allahyarham Jenang Saat menempatkan anak-anaknya iaitu Tok Itam, Tok Nor, Tok Bakri, Tok Itam (Rokiah) dan Tok Ali. Tok Bakri tinggal di rumah besar peninggalan Jenang Saat dan rumah saya terletak bersebelahannya. Ketika itu tiada jalan besar yang ada cuma lorong lorong pejalan kaki. Tiada bekalan letrik, tiada pula bekalan air paip. Untuk menerangkan rumah di malam hari, bagi keluarga yang mampu menggunakan lampu gas, ada yang menggunakan lampu chimney dan yang lain menggunakan pelita. Untuk mandi manda dan mencuci gunakan air kolam dan untuk minum air hujan.

Clearly simple life.

Setelah bertahun-tahun menikmati cahaya elektrik, bekalan air paip dan tandas berpam saya dan adik-adik mengalami 'cultural shock' untuk seketika. tapi Atok Saodah dan Ibu selalu mengigatkan kami untuk mensyukuri ada 'bumbung' untuk melindungi kami dari panas dan hujan.

Di kampung ini terdapat beberapa orang broker tanah. Atas 'inisiatif' mereka inilah sekeping demi sekeping tanah di sini jatuh ke tangan orang Cina dan apabila kampung ini membangun dengan Summit Parade dan Stesyen bas Jalan Omar megah, sebahagian besar tanah di sini sudah menjadi milik orang Cina.

Saya merindui saat-saat indah memancing keli dan haruan di parit, menangkap anak-anak puyu di kolam, memetik pucuk paku dan memungut cendawan guruh untuk dibuat lauk. Rindu juga melihat latah Tok Timun dan Tok Nor apabila disergah. Rindu mendengar hilai ketawa semasa bermain galah dan sembunyi ibu .... Rindu melihat telatah kawan-kawan yang mengelah membaca Berzanzi sewaktu majlis berinai ... Rindu ..

Wednesday, April 1, 2009

Hijrah.

Pada masa saya di SMC (1956), ayah telah ditukarkan ke Pejabat Pos Rengit. So the whole family shifted to Rengit. Untuk memudahkan persekolahan saya, ayah tumpangkan saya di rumah Tok Ali. (Di Jalan Mohd. Akil Dalam, now known as Jalan Mustaffa). I didn't stay there long, sebab tak selesa. Rumah beliau sentiasa dikunjungi tetamu. Di siang hari - ada yang berubat, ada yang berurut dan di sebelah malam - beliau menjadi guru persilatan. Tak ada satu ketika pun yang tak ada orang. Yang paling mengerikan ialah bunyi orang berdengkur.

Tiba malam hari, startlah ......... aku takut. It felt eerie. My hair stood on its ends.

Next I stayed dengan keluarga Tok Nor. Ala!.... Tok Nor yang ubat sakit gigi dengan ketuk paku pada papan tu. Tak kan tak ingat! Saudara aku juga - adik bongsu atuk Saodah. Duduk kat Jalan Mohd. Akil juga, tapi belah darat. Tok Ali dulu belah laut. Jadi satu Atuk Laut dan satu lagi Atuk Darat. Nama suami Tok Nor ialah Abdul Ghani Idrus sementara ayah aku Abdul Ghani Abdul Rahman. Banyak yang keliru kat situ. Mereka ingat sama aja ..... anak Ghani. Tinggal dirumah Tok Nor lebih selesa -sebab -dia juga ada school going children.

But what I liked most di rumahnya ada kolam besar. Kolam itu berpagar dengan rimbunan pokok. Setiap kali turun ke kolam itu rasa tak mahu naik. Serenok bermandi-manda dan menangkap anak ikan puyu. Bukan ada swim-suit, berkemban aja. Air kolam memang special - jalan sabun!. Bila orang tua tu naik berang diperembatnya dengan rotan - baru nak naik.

Alas! but I didn't stay there long either.

My father had made arrangements that I traveled daily from Rengit to Batu Pahat by taxi. As early as 5.30am. Pak Man (the taxi driver) would made the pick up. Jamiliah Md.Noh, sister Zaiton and few other boys would be there. It was sardine packed taxi. Late afternoon, he would fetched us back. Demi Ilmu we survived the day. Pengalaman ini dirasai oleh ramai pelajar-pelajar di luar bandar. Ada yang berkayuh basikal berbatu-batu jauhnya, berjalan kaki,
menumpang itu dan ini. Bermandikan peluh. Tetapi demi pelajaran itu dilalui dengan hati yang terbuka. Pengalaman mengajar aku supaya menginsafi segala-galanya. Jangan berputus asa.

Tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina. "Education is a passport to better living".

Apabila saya memasuki darjah enam, ayah ditukarkan semula ke Pejabat Pos, Batu Pahat. Kami sekeluarga berpindah dan dapat pula tinggal di quarters Kerajaan, di Jalan Ampuan. Rumahnya berkembar dua dan keadaannya lebih selesa. Kebahagian tinggal dirumah tu tak lama. Pada penghujung tahun 1958 ibu melahirkan adik ku yang bongsu. Pada ketika yang sama juga ayah jatuh sakit. Kata orang ayah kena barah. Beliau dimasukan ke Hospital Batu Pahat untuk rawatan. Sakitnya bertambah teruk, beliau di pindahkan ke Hospital Besar Johor Bahru, untuk rawatan lanjut. Sakitnya makin teruk. Kami diminta membawa ayah pulang. Dalam keadaan yang meruncing sedemikian, kami sekeluarga di minta mengosongkan rumah kerajaan alasan ayah tiada lagi berkhidmat dengan kerajaan.

Kami akur.

Mujurlah Tok Nor agreed to sell sebidang tanah dengan pondok buruk kepada kami. Harganya $2000.00. Dengan duit ganjaran persaraan ayahlah kami jelaskan bayaran itu. Kasihan ayah kerana dia dapat tinggal di pondok itu hanya dua minggu. Pengorbanan ayah akan 'ku ingat buat selama-lamanya. Tuhan lebih meyayangi beliau. Tepat pada 25.10.59 waktu maghrib ayah pergi buat selama-lamanya.

Semoga ALLAH mencucuri rahmatnya atas roh Abdul Ghani bin Abdul Rahman. Al-Fatihah.


Inilah suratan ayah (dalam jawi) yang terakhir kepada Ibu sebelum pergi ............
"........... ikat perut, biar tinggal sehelai sepinggang. Persekolan budak-budak mesti diteruskan."

Monday, March 30, 2009

Convent Days 1959 - 1963.

I was sent to CHIJ (Batu Pahat) for my secondary education with a few of my friends. The others were sent back to TIGS. We were the first batch of Malay students in CHIJ(BP). The school then, were still run by Reverend Mother and a handful of nuns whom we called "sister". The HM was Mrs. Tan. As mentioned ealier, my friends and I felt very uncomfortable to be there for the first few days. Soon we got over our fear and we enjoyed our days there.

Apart from the normal curriculum, we had singing lesson and 'Sripture Class' now known as "Bible Knowledge". We enjoyed the singing lesson. We were taught songs like - Greenwood tree, Home sweet home, Oh! Suzanna by the 'sisters'. We were often told "Girls are seen not heard".

During the 'Scripture Class', the Malay girls were not to leave class. We were supposed to do our home-work or study. Saya suka curi-curi dengar. I came to know about the concept of 'Trinity' about Jesus about 'Virgin Mary' etc. etc. etc. Which saya tak pernah dengar di Sekolah Agama.

Masalah saya di Convent bukan masalah pembelajaran tetapi penerimaan keluarga dan orang kampung. Ibu selalu disindir cuba mengkristiankan anak. Pernah apabila ke rumah saudara saya diminta membaca kitab-kitab jawi dan mengaji Al-Quran. Saya masih dapat melepasi ujian-ujian mereka. InsyaALLAH, saya masih seorang Muslim sejati.

Begitulah pandangan sempit masyarakat "Melayu Lama" terhadap sekolah orang putih lebih-lebih lagi sekolah Convent.

Satu pengalaman berharga yang saya lalui semasa di Convent ialah peluang mengasah bakat di atas pentas. Pada masa itu Kerajaan sedang berusaha meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar-pelajar. Berbagai-bagai aktiviti telah di jalankan termasuklah:

i. Bulan Bahasa Kebangsaan.
ii. Minggu Bahasa Kebangsaan.
iii. Pidato.
iv. Pantun.
v. Lakonan.

Oleh kerana bilangan pelajar Melayu amat berkurangan di Convent, maka saya kerap terpilih mewakili sekolah buat masa itu. Saya dan kawan baik saya Puan Rajiah Md. Yusuf mendapat bimbingan En. Ismail Kayat dan En. Mokhtar Talib (Matlob). Dengan bimbingan mereka semua kami tak pernah balik tangan kosong.
Kehandalan mereka dalam Bahasa Melayu susah ditandingi hingga kini.

Syabas!

Dalam ruangan yang sempit ini aku ingin merakamkan jutaan terima kasih ku kepada Puan Ramlah. Beliau telah bersusah-payah, entah bagimana pun aku tak tahu, sehingga aku mendapat bantuan kewangan, untuk meneruskan pelajaran hingga ke tingkatan lima. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas beliau.

Sunday, March 29, 2009

Tengku Mariam Girls' School Days -1958.

After completing my SMC ll, in TIGS my friends and I were sent to Tengku Mariam Girls' School to do our standard six. The school were quite a distance from my house in Jalan Dagang, but I still walk to school. The HM then was Mrs.Raja. I could still remember the school uniform that we ware. Red pinafore and orange blouse. (Warna keling - without prejudice)



The class teacher was late Miss Menon. The fiercest teacher I ever met. Whenever we failed her test or didnt complete our homework or too noisy, she made us sit under the table. She treated us like little mice. I was rather weak in mathematic then. But to pass the entrance exam to form one (then they called it the Federal Exam.) you need a pass in mathematics. My late father was worried. Dressed in his postman uniform he popped in the class while Miss Menon was teaching. I didn't quite know what my father said to her, but the moment my father left Miss Menon called me. "Alimah! who ask your father to come to school?" She gave me a huge pinch on my cheek. I couldn't held my tears. "Next time, tell your father not to come to school and blah .... blah ...... blah". I couldn't forgive her for that.



Then come the fruit seasson. My friends brought "jambu air", mangoes and "buah kuini" to school. MissMenon couldn't stand the smell of "buah kuini". What did she do then? She went to every table and collected every single fruit and throwed them in the dustbin just outside the classroom.Then she went on teaching as though nothing had happened. Then came the PWD lorry to collect the garbages. All of a sudden my friends and I rushed out to collect back the fruits that she had thrown out. I could hear Miss Menon shouting "You greedy girls" on top of her voice and angrily she marched out of the class. That day we feasted ourselves with "jambu air" mangoes and "buah kuini".During recess a friend brought suger mix with salt and some soy-sauce to eat with the fruits.

Those innocent days !!!

Monday, March 16, 2009

Perubatan Tradisional


Dibesarkan dalam tahun 50an, saya dapat lihat dan merasai perubatan tradisional. Apatah lagi my late grandma and her sibblings memang arif dalam bidang tersebut. My late grandma memang arif dalam mengubati sakit 'denah' dan 'cika'.

Bagi orang yang dah lama deman saya lihat atok mengambil sehelai daun sirih, meyapu sedikit kapor, sekacip pinang dan sedikit gambir dan membacha serapah jampinya. Lepas itu ia memamah sirih tersebut. Dengan air kunyahan sirih tadi ia pun melukis 'match-stick' figures keatas badan pesakit. Percaya atau tidak, pesakit akan merasa 'reda'. Tetapi ada pengerasnya. Pesakit perlu memulangkan asam garamnya dan duit 25 sen. Kalau tidak penyakit tadi akan berbalik pada atok pulak.

Bagi yang kena 'cika' (perut memulas-mulas, cirit beret, muntah) ubatnya senang aja. Mandi sampai kuyup. Biasanya cika berlaku jika bermimpi memakan beranika jenis makanan.
Bagi sakit kepala ubatnya mudah aja. Ramaskan 2-3 biji bawang merah dalam semangkok air. Letakkan sedikit cuka. InsyaAllah - baik.

Masa campus-day cubalah buat! Kawan tu kepalanya tak baik tapi rambutnya pulak yang gugur. I thought I must had put too much vinegar.
Dukun ikut-ikut.

My late grand-aunt (Tok Nor) pandai tangkal sakit gigi. Dirumahnya, ada sekeping papan yang penuh terpacak dengan paku. Tok Nor akan bertanyakan gigi mana yang sakit? Kiri, kanan, atas atau bawah. Beliau akan mengambil sebatang paku dan membaca serapah jampinya keatas paku tersebut dan terus mengetuknya atas papan tadi.

'Abra Kedabra! Sakit gigi dah baik.'

Tok Nor juga pakar dalam membuat ' tangkal sawan'. Benang 7 warna dipintal jadi satu. Dipakaikan dileher bayi. Tujuannya untuk menghalau iblis dan syaitan.
Macam-macam pandai orang dulu-dulu.

Tok Ali pulak pakar megubat orang kena 'angin pasang' dan masuk 'pijar'bagi orang yang sakitnya tak sembuh-sembuh. Aku pernah tengok dulu bagaimana Tok Ali mengubati anaknya (ibu ku) yang luka kena kapak. Dia ambil batang keladi dan melumrkan pada tempat yang luka. Selepas itu dia tampal luka itu dengan kopi. Adalah serapah jampinya. Tak masuk akal kan?

Bila aku kata bawa ke hospital - dia punya aruk!
"Itulah engkau, anak engkau ni dan jadi orang putih. Tak tahu lagi petua petua orang Melayu!"

Itulah kata-katanya kepada lbuku. Dalam masa seminggu luka tadi sembuh seperti sediakala. Mujarab betul! Lagi seorang yang aku tak lupa ialah "Embuk". Cara ia mengubat ialah dendan menjilat. Semasa kecil ku selalu sakit perut. "Embuk" akan menjilat perut ku. Baik! Kalau mata yang sakit dia akan jilat mata tu (dengan tahi mata sekali dia jilat). Hairan betullah aku - baik dan mujarab.

"Yang menentukan baik sembuhnya adalah Allah."

Itulah kata my late grandma. Beliau sangat tak berkenan dengan ku kerana enggan mewarisi perubatan tradisionalnya. Aku pada masa itu berfikir mana ada ubat dengan air liur basi aja.
Semoga Allah mencucri rahmat ke atas roh-roh mereka.

Al-Fatihah!