Pada masa saya di SMC (1956), ayah telah ditukarkan ke Pejabat Pos Rengit. So the whole family shifted to Rengit. Untuk memudahkan persekolahan saya, ayah tumpangkan saya di rumah Tok Ali. (Di Jalan Mohd. Akil Dalam, now known as Jalan Mustaffa). I didn't stay there long, sebab tak selesa. Rumah beliau sentiasa dikunjungi tetamu. Di siang hari - ada yang berubat, ada yang berurut dan di sebelah malam - beliau menjadi guru persilatan. Tak ada satu ketika pun yang tak ada orang. Yang paling mengerikan ialah bunyi orang berdengkur.
Tiba malam hari, startlah ......... aku takut. It felt eerie. My hair stood on its ends.
Next I stayed dengan keluarga Tok Nor. Ala!.... Tok Nor yang ubat sakit gigi dengan ketuk paku pada papan tu. Tak kan tak ingat! Saudara aku juga - adik bongsu atuk Saodah. Duduk kat Jalan Mohd. Akil juga, tapi belah darat. Tok Ali dulu belah laut. Jadi satu Atuk Laut dan satu lagi Atuk Darat. Nama suami Tok Nor ialah Abdul Ghani Idrus sementara ayah aku Abdul Ghani Abdul Rahman. Banyak yang keliru kat situ. Mereka ingat sama aja ..... anak Ghani. Tinggal dirumah Tok Nor lebih selesa -sebab -dia juga ada school going children.
But what I liked most di rumahnya ada kolam besar. Kolam itu berpagar dengan rimbunan pokok. Setiap kali turun ke kolam itu rasa tak mahu naik. Serenok bermandi-manda dan menangkap anak ikan puyu. Bukan ada swim-suit, berkemban aja. Air kolam memang special - jalan sabun!. Bila orang tua tu naik berang diperembatnya dengan rotan - baru nak naik.
Alas! but I didn't stay there long either.
My father had made arrangements that I traveled daily from Rengit to Batu Pahat by taxi. As early as 5.30am. Pak Man (the taxi driver) would made the pick up. Jamiliah Md.Noh, sister Zaiton and few other boys would be there. It was sardine packed taxi. Late afternoon, he would fetched us back. Demi Ilmu we survived the day. Pengalaman ini dirasai oleh ramai pelajar-pelajar di luar bandar. Ada yang berkayuh basikal berbatu-batu jauhnya, berjalan kaki,
menumpang itu dan ini. Bermandikan peluh. Tetapi demi pelajaran itu dilalui dengan hati yang terbuka. Pengalaman mengajar aku supaya menginsafi segala-galanya. Jangan berputus asa.
Tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina. "Education is a passport to better living".
Apabila saya memasuki darjah enam, ayah ditukarkan semula ke Pejabat Pos, Batu Pahat. Kami sekeluarga berpindah dan dapat pula tinggal di quarters Kerajaan, di Jalan Ampuan. Rumahnya berkembar dua dan keadaannya lebih selesa. Kebahagian tinggal dirumah tu tak lama. Pada penghujung tahun 1958 ibu melahirkan adik ku yang bongsu. Pada ketika yang sama juga ayah jatuh sakit. Kata orang ayah kena barah. Beliau dimasukan ke Hospital Batu Pahat untuk rawatan. Sakitnya bertambah teruk, beliau di pindahkan ke Hospital Besar Johor Bahru, untuk rawatan lanjut. Sakitnya makin teruk. Kami diminta membawa ayah pulang. Dalam keadaan yang meruncing sedemikian, kami sekeluarga di minta mengosongkan rumah kerajaan alasan ayah tiada lagi berkhidmat dengan kerajaan.
Kami akur.
Mujurlah Tok Nor agreed to sell sebidang tanah dengan pondok buruk kepada kami. Harganya $2000.00. Dengan duit ganjaran persaraan ayahlah kami jelaskan bayaran itu. Kasihan ayah kerana dia dapat tinggal di pondok itu hanya dua minggu. Pengorbanan ayah akan 'ku ingat buat selama-lamanya. Tuhan lebih meyayangi beliau. Tepat pada 25.10.59 waktu maghrib ayah pergi buat selama-lamanya.
Semoga ALLAH mencucuri rahmatnya atas roh Abdul Ghani bin Abdul Rahman. Al-Fatihah.
Inilah suratan ayah (dalam jawi) yang terakhir kepada Ibu sebelum pergi ............
"........... ikat perut, biar tinggal sehelai sepinggang. Persekolan budak-budak mesti diteruskan."
Wednesday, April 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment