Tuesday, May 5, 2009

Persatuan Pemuda Desa (PPD)

Allahyarham Tuan Hj. Abdul Aziz Ghani (sepupu ayah dan ibuku) mengilhamkan penubuhan PPD pada awal tahun 60. Beliau seorang guru maktab. Tujuan beliau menubuhkan PPD ialah mengumpulkan ana-anak muda di kampung ini yang kebetulan sebahagian besar adalah anak-anak buahnya untuk aktiviti seni khususnya tarian dan nyanyian.

Pada masa yang sama abangnya Allahyarham Jaafar Abdul Ghani (lebih dikenali dengan nama Rahim Ghani/Ngah Ayem) telah mula berjinak dengan lagu-lagu asli khusunya Ghazal. Beliau menganggotai kumpulan Ghazal Sri Kenangan Batu pahat. Beliau banyak menyertai pertandingan nyanyian anjuran RTM, khususnya dalam nyanyian lagu-lagi asli.

Disebelah malam pada tiap-tiap hujung minggu, kami berkumpul di halaman rumah Tok Nor untuk aktiviti nyanyian dan tarian. Guru tari kami ialah Cikgu Rafeah Ghani (kami memanggilnya Kak Ne) Banyak tarian yang kami pelajari, antaranya, tarian lilin, tarian tempurung, tarian tualang tiga. Bagi yang 'ada suara' berlatih menyanyi di bawah bimbingan Ngah Ayem.

Bakat kami dihidu oleh seorang ahli PIB Batu Pahat. PIB adalah Persatuan Ibu Bapa yang mula diperkenalkan di Batu Pahat dan akhirnya idea ini disenaraikan ke peringkat Negara dengan nama PIBG dan kini PIBG Nasional.

Saya tidak berapa ingat namanya tetapi beliaulah yang mengetengahkan kami ke Peringkat Daerah. Setiap kali ada sambutan di padang (seperti menyambut hari keputeraan Sultan) ada sebuah pentas didirikan khas untuk kami mempersembahkan tarian dan nyanyian. Pentas-pentas lain turut juga didirikan yang mempersembahkan bangsawan, wayang kulit dan juga 'live band' Seingat saya kami telah membuat persebahan di Kg. Semberong dan di Kota Tinggi. Pendek kata kumpulan kami was a great hit dan menjadi bualan mulut penduduk di Batu Pahat.

Persatuan Pemuda Desa ini tidak panjang hayatnya. Antara faktornya ialah ahlinya ada yang mula mendapat pekerjaan dan ada juga yang melanjutkan pelajaran tetapi faktor terpenting ialah kemasukkan bekalan letrik di kampung ini dan kemunculan TV hitam putih.

Bagi diri saya, saya meneruskan aktiviti seni saya dengan menyertai Kelab Teater Batu Pahat juga dibawah naungan PIB Batu Pahat. Di bawah bimbingan Allahyarham Mat Ropi Jais dan rakannya, saya, rakan baik saya Rajiah Yusuf, Zainal Abidin Zain (pernah jadi speaker Dewan Negeri Johor) and few others berjaya membuat pementasan drama 'Dua Tiga Kucing Berlari' di Panggung Cathay Batu Pahat, selama dua malam berturut-turut!

Saya difahamkan the collection came to about $3000.00 Kami berlatih selama 3 bulan dan latihan diadakan di rumah Pegawai Daerah Batu Pahat. Ketika itu, Pegawai Daerah ialah Allahyarham En. Talib Abu. Setiap kali tamat latihan, kami dijamu dengan makanan yang enak-enak. Pakaian kami pada masa persembahan teater itu telah di-sponsor oleh Perniagaan di Pasar Melayu.

Seperi juga PPD, Persatuan Teater Batu Pahat juga berkubur kerana sebahagian ahlinya seperti Mat Ropi Jais dan Zainal Abidin Zain melanjutkan pelajaran ke universiti dan saya sendiri mengikuti kursus perguruan di Pusat Latihan Daerah.

No comments:

Post a Comment